Thursday, October 18, 2012

Teknik Asas Gubahan Bunga



Apabila bercakap tentang bunga, tidak dinafikan ia merupakan penyeri bagi setiap hiasan majlis. Menggubah bunga merupakan semua cara yang boleh dilakukan untuk  mengurus bunga segar atau kering supaya menjadi suatu ciptaan indah yang membolehkan kita meluahkan perasaan kasih sayang, dan juga kegembiraan.

Aktiviti menggubah bunga boleh dilakukan dengan teknik yang mudah ataupun sekompleks mungkin, bergantung kepada si penggubah bunga tersebut. Sebagai contoh, menyusun bunga-bungaan di dalam satu cawan atau bekas yang kecil juga boleh dikategorikan sebagai menggubah bunga. Terdapat pelbagai teknik serta idea menggubah bunga yang mudah dan boleh dilakukan hanya dalam tempoh beberapa minit.  

Untuk mencipta sesuatu gubahan bunga bouquet, anda tidaklah memerlukan kepakaran yang tinggi seperti yang disangkakan. Anda boleh memulakannya hanya dengan beberapa alatan seperti pita floral (berwarna hijau), dawai, dan sudah tentunya yang paling penting, bunga-bunga kegemaran anda.

Sekiranya anda sudah sedia maklum akan warna tema bagi majlis ,maka pemilihan warna serta bunga yang sesuai pasti akan lebih menyerlahkan majlis anda.

Untuk menyediakan satu bouquet bunga, beberapa langkah mudah seperti berikut boleh diikuti: 

* Rendamkan bunga-bunga hidup di dalam air supaya lebih segar dan tahan lama

* Lilitkan dawai di sekeliling tangkai-tangkai bunga yang terpilih menjadi sebuah bouquet.Pastikan lilitan anda kemas supaya dapat memegang kesemua tangkai-tangkai bunga tadi.

*Potongkan bahagian bawah tangkai bunga yang tidak diperlukan.Terpulanglah kepada anda berapa panjang tangkai yang perlu dipotong.

*Lilitkan pita floral daripada bahagian pangkal bunga sehingga ke bahagian hujung tangkai untuk menutup lilitan dawai dan menyatukan kesemua bunga anda menjadi sebuah bouquet yang kemas.Semasa anda melilit pita floral, pastikan ia dilakukan secara menyerong ke bawah supaya kelihatan lebih menarik dan menutup kesemua bahagian tangkai bunga.

*Sebagai langkah tambahan, anda boleh melilitkan bouquet bunga sekali lagi denga lapisan reben yang mempunyai warna yang sesuai. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.