Hallo!
Rasa macam tak percaya, GC mendapat panggilan bertubi- tubi dan email yg berbaris untuk mendapatkan khidmat kami. Termasuklah panggilan dari Terengganu, Penang, Perak dan Kuantan.
Kami telah melibarkan lagi sayap dengan memiliki khidmat katering kami sendiri. Kami pernah gagal, tetapi, Kami tetap tabah demi melebarkan sayap dan demi kepuasan pelanggan. Kami sering mendapat pelanggan yang terbaik dan bijak memberi pandangan terhadap khidmat kami....
Saya sangat bangga terhadap kerjasama yang suami berikan, walaupun dia tidak meminati perniagaan ini pada awalnya....kesabaran membawa kejayaan.
Kami masih menawarkan harga pakej penuh yang mampu pelanggan bayar walaupun banyak pesaing yang lebih hebat dan mahal. Kualiti dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan GC. Saya ingin terus berusaha agar nama saya sebaris dengan pesaing-pesaing yang lain.
Terima kasih kepada semua pelanggan GC yang telah menggunakan khidmat kami. Semoga kami lebih maju di masa hadapan dan panas macam pisang goreng......bye!
Tuesday, October 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.