SET BAJET
Tentukan dan tetapkan bajet gaun pengantin anda. Cuba untuk tidak melihat pakaian yang berada di luar julat harga anda. Sekiranya gaun yang anda minati berada di luar bajet anda, maka gunakan gaun tersebut sebagai inspirasi untuk reka bentuk yang kurang mahal.
PILIH GAYA YANG SESUAI
Lakukan sedikit kajian melalui majalah-majalah fesyen untuk mendapatkan idea gaya pakaian yang sedang anda cari - Tidak kira apa gaya sekali pun, asalkan ia bersesuaian dengan tema perkahwinan anda serta tempat majlis anda diadakan.
BAWA SEORANG RAKAN BERSAMA
Sekiranya anda ingin keluar untuk memilih gaun, jangan lupa untuk bawa seorang rakan bersama.Tidak kira sama ada rakan itu salah seorang daripada ahli keluarga anda atau tidak. Rakan yang dapat memberi pandangan ikhlas dan positif adalah yang terbaik untuk memberi perspektif yang berlainan terhadap pilihan anda.
BERFIKIRAN TERBUKA
Jangan takut untuk mencuba beberapa jenis gaya pakaian. Anda mungkin mendapati bahawa gaun pengantin yang mempunyai gaya yang anda kurang gemar sebenarnya akan membuat anda kelihatan lebih hebat!
JANGAN TERGESA-GESA
Jangan tergesa-gesa dalam apa-apa keputusan. Jika anda fikir anda telah menemui satu gaun yang anda minati, anda sentiasa boleh mencuba beberapa jenis gaun yang anda rasakan sesuai dan berfikir tentang hal itu sebelum membuat keputusan. Berfikir semasak-masaknya.
PERTIMBANGKAN KESESUAIAN DAN AKSESORI
Jika anda memilih untuk memakai sebarang aksesori lain sebagai tambahan kepada gaun pengantin anda, pertimbangkan kesesuaian aksesori tersebut dengan baju pengantin anda.Aksesori yang berlebihan mungkin akan menenggelamkan rekaan gaun anda.
FIKIR TEMA WARNA
Walaupun anda tidak perlu menunjukkan kepada kesemua tetamu (terutamanya saudara-mara) akan baju yang telah anda pilih, anda boleh memastikan pakaian mereka bersesuaian dan mengikut tema dan warna perkahwinan anda secara keseluruhannya.
PERTIMBANGKAN LOKASI
Anda boleh menolak banyak pilihan pakaian dengan segera dengan memikirkan lokasi perkahwinan anda. Baju yang bersesuaian dengan lokasi majlis anda bukan saja akan memudahkan pergerakan anda semasa majlis tersebut diadakan, malah ia dapat menyerlahkan lagi gaya anda pada hari tersebut dan tidak membuat anda kelihatan janggal.
YAKIN DENGAN PILIHAN ANDA
Apabila anda telah menemui gaun yang sempurna dan telah membuat keputusan muktamad, jangan mencuba apa-apa lagi! Susun kelengkapan anda, dan mula membeli-belah untuk aksesori lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.