Monday, September 19, 2011

Friday, September 9, 2011

Tip-tip Memilih Warna Tema Perkahwinan

Untuk penganti baru yang akan melangsungkan perkahwinan mungkin masih mencari-cari warna tema apa yang sesuai untuk perkahwinan yang akan dilangsungkan setahun sekali.


Wedding Planner Grand Chateau ada tip bagaimana memilih warna yang sesuai.

  1. Hadiri majlis perkahwinan sahabat anda untuk survey warna apa yang mereka gunakan. Ini untuk mengelakkan dari anda menggunakan warna yang sama. Ataupun, anda ingin menggunakan warna yang sama, tetapi and boleh bermain dgn ton warna berbeza, juga boleh gunakan fabrik berbeza seperti chiffon, satin dan lain-lain
  2. Pergilah membuat survey di seberapa banyak butik pengantin dan lihat apakah warna-warna yang terbaru menjadi pilihan pengantin-pengantin masa kini. Untuk tahun ini banyak pengantin sukakan warna-warna seperti unggu gelap, turqouise, merah jambu, merah jambu terang (fuchsia), biru laut, kuning, oren terang, merah darah dll.
  3. Pilih warna yang pastinya membuat anda terserlah dari tetamu yang hadir ke persandingan anda. 
  4. Jangan memilih warna mengikut hati, kerana belum tentu ia sesuai dengan gaya, penampilan, dan warna kulit anda.
  5. Pastikan ada perbezaan warna antara baju anda dengan warna pelamin, dan juga pakaian sedondon saudara-mara pengantin. Ini untuk memastikan anda adalah tumpuan di hari bersejarah anda sendiri.
  6. Untuk membuat anda kelihataan menarik di dalam album gambar perkahwinan pilihlah warna-warna yang tak ditelan dek zaman(evergreen) seperti warna-warna lembut. Antaranya, warna putih, peach, warna Tiffany blue, warna merah jambu, turqouise lembut, unggu lembut, sesuai untuk anda yang berpenampilan sederhana dan lembut untuk kesan minima, tetapi anggun dan ayu.
  7. bagi yang berani boleh mengenakan warna-warna yang terang seperti merah hati, biru tua, unggu gelap dll warna. 
Warna-warna Lembut



Warna-warna Terang





Tip-tip ini boleh membantu menyerikan lagi hari persandingan raja sehari anda bersama yang tersayang.
Semoga tip-tip ini membantu anda membuat pilihan dan memudahkan anda dan keluarga.

SELAMAT PENGANTIN BARU......